Pertama kali saya nampak puting beliung…Real sebijik macam dalam discovery channel…Memula kecil ja nampak cam awan putih di apit awan hitam…Makin pandang makin memanjang dan menghalus ke bawah…Saya siap baca ayat-ayat suci dah minta dihindar bencana ..Husband pulak duk snap la suasana mendung sebelum hujan tu…Dia tak perasan lagi tu puting beliung lelama saya perhati memang angin kuat berputar memusing tapi di bahagian langit sahaja laa…Dalam kereta (sebab nak ambil Aisar kat sekolah petang tadi) pa masuk puting beliung jom ambil Aisar cepat…Jom!!!!Pa masukk!!!!(Puas jerit tak dengar sangat sebab dalam kereta huhuhu)…Hujan lebat pun mula turun baru husband saya masuk…Dalam perjalanan tu puting beliung tu semakin membesar dan menyerak dan hilang Alhamdulillah…Hujan lebat pun rancak turun dan puting beliung tu pun hilanggg…MasyaAllah…Subhanallah…
Bumbung rumah jiran ni dulu dah diterbangkan angin dah…Tu nampak tak 3 keping warna bumbung nya cerah yang diganti baru…Syukur tak dak apa-apa yang berlaku…Saya masa ni dah balik kampung sebab esok nak bawa ayah saya ke hospital kena chemo…Ayah saya sekarang kena 2nd attack lung cancer dan tiga minggu lalu dia dah kena chemo yang pertama…Esok merupakan kali ke-2…Kali ni ayah memang cam tak larat sangat….Rambut dia dah mula gugur…Janggut dia senang ja pegang 3-4 helai dan tarik terus tercabut…mengerikan…Kenkawan doakan ayah saya ok…Huhu mode sedih plak…Ok sekian dulu…Wassalam…