Beijing Muslim Tours (Edisi terlupa ada lg Summer Palace, Panda dan Teh.. )

Emm tu la banyak sangat gambar sampai terlupa dah rupanya lepas ke kilang mutiara kitorang pergi Summer Palace, Panda Zoo dan Kilang Teh..Summer Palace lagi besar daripada forbidden city. Merupakan tempat rehat Maharaja China dan keluarganya…Sejuk!!! Siang sini boleh cecah dari 10 deg C boleh sampai 3 hingga 0 deg C…Malam tak yah cakap la lagi sejuk cecah -4 deg C…Kulit boleh merekah dan gatal-gatal kalau tak pakai lotion…Syukur kitorang semua apply apa yang dibaca dari blog-blog yang lain tak dak la kering kulit tu…Kawan saya tunjuk tangan dia kelupas dan merah-merah gatal sebab angin sejuk Beijing….

Ni lah taman diraja Maharaja China…Memang cantik tapi kabus sikit dan sangat sejuk!!

Aisar sejuk..Lagi 2, 3 minggu salji turun la dan tasik ni akan beku…Masa nih ok lagi nak jalan-jalan kalu sejuk sangat tour guide kata tak best sangat nak jalan may be jem teruk dan sejuk sangat-sangat so lawatan jadi singkat..Syukur semua berjalan lancar…

Sekitar kawasan lawatan..

Banyak gambar…

Makcik cina yang pelik saya pakai tudung…Tegur dalam bahasa dia..Saya pula jawab bahasa saya hehehe….Last sekali dia kata asalaalaikum…pastu tunjuk tudung…OOO baru paham..Ya i’m a muslim…ada pula camni nuuu…hehehe

Aisar dah mula nak merap..Ngantuk rupanya ..Sempat la Aisar tidur sementara perjalanan ke zoo panda dia boleh segar semula..

Tengok tu dah cerah mata tengok Panda suka sangat dia…

Panda malu..Cuba korang tengok betul-betul sequence gambar ni…Siap tutup muka tu tak nak ambil gambar…

Dah siap ke zoo panda pergi solat pula kejap lagi gerak ke tempat jual teh..

Macam-macam jenis teh…Yang bersusun tinggi tu teh juga tu…Yang dalam tempayan tu pun cam tahi lembu tu pun teh juga tu mahal lagi gred A lagi..

Ok dah balik…Semua orang kepenatan..Nak tidur…Ni geng bas rombongan kitorang bahagian belakang dengan Pak cik Ani dan Mak Cik Ani nama suami isteri ni sama dan sangat happening dengan kenalan di sini…Bess sangat…Ok sekian wasalam…

 

Little boy turned 3

Mama lupa sebenarnya birthday Aisar masa ni…Sebab dah ingat yang bulan Islam aritu…Tengok-tengok jatuh pula dalam tarikh kita pergi habiskan complimentary stay 3D 2N abah kat hotel Hydro..So ok la tu…

Blur la pula…Aisar suka dibawa naik feri ni..

Our 1st night room…Besar siap extra bed lagi…

And this is our 2nd day room..Kena pindah bilik sebab tak boleh pakai satu nama so pakai nama saya pula…And kitorang dapat bilik deluxe sea view…

Subhanallah..

Mama tengok tu kapal apa tu….

Aisar nak duk sini…

Ok pergi cari makan pula…Line clear

Kepala ikan duk tersadai…

Simple but wallah….

Aisar pun kaki nasi kandar juga….Banyak dia makan kalau ada kari-kari ni…Pedas pun tak apa

Lepas makan jalan sekitar chowrasta road…

Then balik solat dan rehat sekejap pergi main tepi pantai… Happy birthday Aisar…

Emmm suka la tu..

Takutt la pulaa…

Lari..lari…hehhee

Saya try main dengan shutter…Bes pula main camera ni….

Suka…suka…

Malam tu saja pergi cari traffik jem…Tapi sampai juga dan parking pun baik punya…Alhamdulillah…Pesta here we come…After 4 tahun tak gi..Dulu tiap-tiap hari boleh pergi kan dekat dengan USM…

Aisar tak suka crowded…Dia duk diam ja dalam stroller dan macam pening ja…

Kitorang layan ja la tengok game kat sini…

Jeruk tak dilupa..layan diri…3 bekas rm10…

Emmm ada saja mainan Aisar di mana-mana…

Ok balik dah…

Eh tak abis berjalan lagi??? Kitorang pergi pula terjah Feringgi walk…

Banyak kedai baru dah sekarang ni…

Semua barang China yang saya nampak kat Beijing berlambak kat sini tapi mahal ya amat!!!!

Jom makan…

Sea food…Makan ka tengok ja???

Esok tu balik ingat nak pergi Sua Rasa…Emm  p cari jem lagi sekali ja..Nasib kawan SMS jemput ke rumah dia…Kawan kenalan baru kitorang di Beijing…Anak mami penang…Keluarga Azrul dan Liana nama kami sama…

 

Aunty suruh Aisar main sampai bawa keluar semua mainan Adam dan Nur…Kakak dalam gambar ni nama Nur…

Haa ni la Adam kawan Aisar…Sembang punya sembang sat ja rasa…Kitorang pun gerak balik Sungai petani pula lepas tu…Sekian..

Membeli-belah di Beijing

Hari terakhir beli belah adalah aktiviti ikut tentatifnya…Pergi breakfas dulu dan shopping…Pastu lunch dulu dan shopping lagi…

Ada sahaja penjaja jalanan…Unik pula barang yang diorang jual kat sini…Er hu, serunai kundur dan etc…ok shopping kat Hong Qiao pula pastu ke Tan ya Hong Qiao lupa dah…tak betul maaf ya

Tempat orang lelaki barangan elektronik, hp etc…Aisar dah tak larat…Kasut cantik…Tengok2 kat dalam 3 dot…OMG!!! Adik saya dapat la beli kasut sport saya dan husband huhuhu sedih tak dapat…3 dot nyer pasal…Banyak gilerrr…So layan ja lah barang-barang yang kitorang dah beli..Ni ja yang tinggal setelah sebulan balik dari Beijing…Layannn

Tinggal 4…Dah kasik 15 kat saudara dan kawan-kawan…

Kipas ada lagi lupa dah beli berapa…Gula-gula tinggal lagi sepaket dan buah berangan dah abis licin tak sempat amik gambar…Fridge magnet murah dapat la kitorang balas 30 biji ja…

Produk jade dan sedikit mutiara…Yang macam tikar tu diorang kata bantal jade…Memang best tidur sejuk…

Yang ni beli masa dekat kilang teh cina…Teh tak beli cawan minum teh kami beli 2 set hehehe…satu lagi nak bagi hadiah orang kahwin…Unik cawan nih bila tuang air panas dragon hitam tu akan bertukar jadi warna merah…

Tablecloth siap wat bisnes lagi jual kat kawan…Tinggal 1 untuk saya dan cadar sutera dapat gak satu buat kenangan…

Ni la pisau yang kitorang beli…Yang 3 sekawan tu souvenir..Gunting dan yang warna hijau tu multi purpose knife sebagai free gift…Memang murah malas cakap harga nanti korang pengsan hehehe….

Hubby nyer…

Winter coat cashmere murah!!!Menang membeli menang memakai…

Emm yang ni saja nak beli dapat rembat iphone 4, 2 biji dan 2 handbag ja satu dah jual emmm harga??? Pengsan pula la korang kalu bagitau….So far iphone saya ok lg hehehe…Orang kata 3 bulan ja tahan saya tunggu dan lihat dan guna dulu…

 

Panda dan jam tangan spongebob aisar punya…Thomas and friends dia letak mana tak tau dah…Kalau nak ikutkan banyak lagi barang yang kitorang beli tapi dah distribute kat sanak saudara dan kawan-kawan…Ada rokok elektronik buat abah mentua murah kat China ni…Kat Padang Besar pun jual tapi kali 5 harga sini…Memang murah siap boleh buat meniaga lah…Saya geram rasa nak borong meniaga ja kat sini hehehe…Lain kali pergi pulak borong insyaallah…So dalam masa terdekat diizinkan Allah rezeki ada lagi kitorang nak pergi Hadyai dan Bandung pula insyaallah…So guys wait and see ok…Harap jadi laa…Kalau tak jadi pun tak apaa….Lain kali pula…Sekian wassalam…

 

 

 

Beijing Muslim Tours (The End)

Finally abis juga cerita pasal Bejing nih…Ada lagi satu album terakhir tapi tu semua pasal shopping ja la…So saya cut short kan sampai sini saja…Ok sambung lepas ke kedai pisau tu kitorang pergi makan lah…Then terus ke Hard Rock Beijing bagi siapa yang suka nak beli barang kat situ yang ori…

Ai abang dengan en din belek apa tu? What?? 70% lesss!!!!

Bayar jangan tak bayar hehehe…

Ok nak kena gerak dah shopping time!!!

berhati-hati!!!

dengan awek-awek nih…so layan ja lah gambar  lagi…

But it is ok for a good bargainer cam husband saya nih hehehe…

Dah habis…Tak puas beli belah ja rasanya….Sekian

 

Beijing Muslim Tours (Day 5 Gems and Stadium)

Memandangkan banyak pembaca duk search trip ke beijing so saya sambung lagi tour kitorang yang aritu…Sebab banyak sangat nak upload gambar tu yang lambat sikit entry pasal beijing nih nak abis hehhee…Seperti tajuk so letak gambar kat tempat-tempat situ ok?

Inilah destinasi terakhir tempat beli-belah gems yang terakhir kitorang…Dan harus diingat tempat ni lah yang popular dengan penipuan tu…Ada Mr. Steven Tam yang ngaku dari Malaysia bla…bla…Tapi setakat mana kebenaran wallahualam hehehe…Sebab saya tak minat sangat gem-gem ni so saya keluar makan angin kat luar ja dengan keluarga…Anyway kalu korang baca blog orang lain pun banyak juga cerita pasal kedai dekat sebelah stadium nih…Blog international pun ada mentions pasal kedai sebelah stadium ni…Wallahualam…

Pintu kedai macam kat Jepun…Kitorang bergambar sakan la kat luar ni..

Aisar sejuk…Angin mula bertiup dah…Kejap lagi nak seberang jalan pergi bergambar dekat kawasan stadium.

Bird nest…

Water cube..

Masa ni angin kuat bertiup…Tu yang bertutup muka tu..Fakhrul membelakangi hotel yang dikatakan berbintang 7…7 star hotel lah senang..

Aisar juga yang best relax ja sambil duduk dalam stroller sambil makan biskut…

Ok gerak ke kedai jual pisau pula..Tak banyak gambar di sini tapi pisau beli juga bawa balik Malaysia…Pisau kat rumah dah tumpul hehehe…Sambung esok lah ada lagi sikit ke hard rock cafe beijing dan shopping!!!!mengantuk dah…Wassalam..

 

 

Teka-teki

Emm kita buat teka-teki sikit…Tapi kalau dapat jawab pun bukan dapat hadiah pun naa…Ni kak ipar saya bagi masa diorang shopping kat Wang Kelian aritu…Dan saya pun first time jumpa dan rasa…Teka buah apakah di atas ni?

.

.

.

.

.

.

 

.

.

.

Tadaaa…Guava dip in peach seperti yang ditulis pada plastik pembungkus..

Yang hijau tu air gula la rasa dia..Dan U all makan rasa dia macam u olls cicah dengan garam gula asam tu…Emm atau pun rasa cam u olls minum air jambu batu yang jual kat tepi jalan tu…Ranggup dan tidak lembek, sangat yummmmyyyyy….Daaa

Cuti sekolah.

Anak saya baru 3 tahun…Tak pergi sekolah lagi…Tapi dia sangat seronok bila sepupu dia datang ke rumah bercuti jenjalan ke sini…Hehehe main, main, dan main tak mau tidur…Kakak ipar saya weekend hari tu datang ke rumah saya katanya nak shopping-shopping di Perlis…Wah best nih bab shopping-shopping saya pun suka…Tapi saya window shopping ja la hehehe…Bawa diorang ke padang besar….Masa ni cuti sekolah ramai!!!!

Aisar pegang tangan abang muaz…Hehehe senyum ja dia seronok..

Hehe layan anak-anak…

Cuti sekolah la katakan…

Malam tu bawa pergi makan Lynda ikan bakar Kuala Perlis

Dah makan habis baru ambil gambar kekkeke…

Esoknya….Wang Kelian…Hari Ahad best sikit dari hari Sabtu…

Beli buah je…Tudung beli gak 1 ja…Kak ipar saya borong tudung banyak sebab dia kata murah…Ok petang tu diorang balik ke Taiping semula…Sekian.