Fokus bermain..

Aisar dah besar…macam-macam ragam dia pamerkan…so kalu nak travel tu kena ada mainan untuk dia fokus supaya tak kacau dalam kereta…Memula tu pakai seat belt la..

Pusing lagi sekali tengok dia dah letak kat belakang seat belt yang bersilang kat dada tu…Tapi masih pakai la..Ralit duk main…

Ni kalu suruh dia senyum…Over la plak tunjuk gigi hehehe…

Mainan yang sesuai dengan dia something yg kena pasang-pasang so ala2 lego la jwbnya…

Ni masa tunggu abah cari sandal…

Cantik pulak latarbelakang so snap ja la gambar hehehe…Comey la anak mama ni…

Ho ho ho balik kampung…

Salam, emm banyak nak cerita al maklum lah dah balik kampung nak puasa dengan family…Memula plan nak balik kampung sebelah suami kat Bukit Aping…Aisar dah dua hari duk suruh balik kampung..Asyik-asyik mama jom balik kampung…jom balik kampung…Dah besar tau rindu kat tok wan-tok wan n tok-tok dia dah..Rancang nak beli baju raya gak la area Parit Buntar tu memang syok shopping kain baju….Tup tup telefon wan ada tak dak kat umah…Huhuhu keciwa tapi tak pa la wan ada urusan penting masa tu…Nasib ada kunci umah wan boleh tumpang tidur…Esok senang nak shopping..Malam tu Aisar dan abah dia main bunga api dengan mercun bawang tu ja yg halal untuk bermain yang lain mama haramkan hehehe…

Inilah caranya kanak-kanak underage main bunga api….hehehe bunga api tu dah panjang kena letak lagi jauh pakai kayu pula punya nak jaga keselamatan anak…Bagus kan idea nihh…

Apa-apapun kena bwh pemerhatian ibubapa…

Wahh banyak lagi syoknyaaa…Aisar kata

Ni aksi pantang nampak lilin nak tiup jaa…Aisar, aisar..

Esoknya main mercun bawang aka mercun pop sebab bentuk dia dh tak bawang bentuk silinder skrg..Baling ja dia bunyi pop…

Ok tu ja cerita kami tiga beranak di kampung…Esok jenjalan Parit Buntar lusa balik Sungai Petani pula berbuka puasa dengan keluarga sebelah saya pula….Wasalam

Mengimarahkan Ramadhan

Tema tahun ini…Memerdekakan diri dengan Ramadhan…Saya sempat mengikuti pertandingan tilawah Al-Quran yang dianjurkan oleh Pusat Islam..Emmm banyak tul peserta2 yang baca dengan sedap sekali…Tak sangka macam dlm akademi al-quran plak…ngengenge

Antara peserta yg menyertai pertandingan tilawah itu….

Lepas tu ada nyanyian nasyid dari Sekolah asrama penuh integrasi Kubang Pasu…Wahh sedap benar diorang nyanyi…Siap main muzik sendiri…Ada bongoo (sebut betul2 ala aziz satar dlm pendekar bujang lapuk bongoooo..kikiki)

Semua alat muzik dia jenis ketuk2 saja…No guitar, no piano….

Then masuklah penyanyi semua…pandai bdk2 sekolah ni nyanyi sedap suara diorang….Diorang penyanyi jemputan…ok tu ja dulu…Pasni pertandingan nasyid lak…Haa yang ni saya masuk bertanding dengan kawan2 sepejabat…Nyanyi belakang2 ja hehehe…tungguuu ekk entry itu lak…heheeh…Sekian dulu tata…Wasalammm

Nasi tomato

Salam..Harini masak nasi tomato…Maklumlah hari minggu…Selalu buat tak pernah nak jadi elok…Bulan2 puasa thn ni plak dia menjadi…Alhamdulillah…So makan la kami 3 beranak nasi tomato dengan ayam masak merah…Ada air asam lagi…Minuman air tembikai cincang sendiri hehehe…Kuih yg beli utk harini lopes aje…Beserta tart cheese yang beli semalam…Tidak dilupa buah kurma….Itu yang pertama…Ok sekian…Wassalam..

Bebudak AF happening….

Sabtu iaitu harini, saya plan nak g ambil choc rice bubble n cheese tart Pn. Juli…Janji jam 12.30 tengahari sampai…Tup tup saya sampai awal 11.57 pagi…Janji jumpa kat masjid USM je senang…Pn. Juli pun sampai seketika itu…Wah cantik tart dia mengiur kan…Choc rice bubble dia pun emm menggoda…Aisar ja yang tak puasa makan sebiji abis tart utk dia sorang dan 2 biji hoc rice bubble tu….sedap tul la manis2 suka la dia….Tgk la hasil tangan Pn. Juli

Fancy decorate cheese tart…

Rice bubble choc tak tau la nama dia…1st layer dah ilang hehehe..Leh order utk raya lak pas ni…

Lepas dah ambil tempahan tu kitorang pergi shopping kat Jusco PERDA…Malas nak shopping kat Queensbay…Sampai2 Jusco PERDA ada marhaban ASTRO…Emmm bole layan gak nih…Tak sangka leh jumpa artis2 lak…Sambil2 shopping sambil dengar lagu life dr diorang…Siap sketsa lagi…Best sgt terhibur…Mmg diorang nih good performer lah…Tak dak kaku2 kekok2 lah…Huhuhu kalu saya kat atas stage tu mesti kaku kekok hahahha…Tgk la sikit sebanyak pics saya ambil siang tadi…

Marhaban di astro…Kg Kafilah Seni…

Kitorang yg duk kat atas hehehe…

Zainal Alam Kadir kuar mukadimah dulu…

Kumpulan apa tak sure tp penyanyi dia dulu ni kump Firdaus la…Wat sketsa dlm nasyid zapin…Pencerita

Peminat Shahir bosan minum susu dulu…Mana Shahir nih…Tu yg bg susu tu Syahir gak..

Tok wan kuar start sketsa…

Nyanyi..

Sembang…

Syahir kuar semua org jerit….Aisar plak perasan tgk abah dia cam syahir tu tgk dia hehehe…Anak sy nih…Minat sungguh kat syahir..

Syahir sy ajak p cari winter coat dia plak…Pastu kami balik…hhehe

Sempat lagi beli murtabak yg kena beratur panjang kat Mata Ayer…Papepun bdk2 AF nih mmg bagus lah pandai diorang hiburkan org…Memula tu ada ternampak Imam Muda Aran tak sempat amik gambar sebab kami baru sampai…Penat nk rehat daaaa….

Mulakan dengan Basmalah

Salam,

Nanti nak berbuka puasa jangan lupa baca doa ini ya…

Maksudnya: “Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”.

Hampir selesai puasa hari ini…Saya ucapkan selamat berbuka puasa kepada kwn2 sekalian nanti bila tiba waktunya ok….Jangan berbuka sekarang pula…Sini berbuka dalam pukul 7.36 ptg hari ni insyaallah…Wassalam…

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum wbt..

Masyaallah, Subhanallah Ramadhan berkunjung lagi…Alhamdulillah masih dapat menyambut ramadhan tahun ini insyaallah…So u guys saya, hubby dan aisar nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan tahun ni…Selamat berpuasa bukan sekadar menahan lapar dahaga ekk tapi juga perkara2 yg membatalkan puasa dan perkara2 yg mengecilkan pahala puasa kita…

So malam ni sesuai dah nak niat utk berpuasa esok…Niatnya..

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.

Maksudnya: “Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.”

Ok esok dh start puasa…So jangan lupa sahur atau soq (kami org utara kata laa) ekkk…Walaupun sebiji kurma atau seteguk air…Ada berkat disitu…Insyaallah kita sesama ekk…Tido time…Selamat malam…Wassalam….