Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum, Alhamdulillah selepas setahun menghilang diri dengan kerja2 hakiki, kini All 2gether kembali mengupdate blog. sibuk dengan urusan dunia ngan pengajaran, PhD dan yang terbaru adalah business MEE hehehe. Doakan semoga kami berjaya dunia dan akhirat.

Untuk pengetahuan umum kami rehat sebentar dengan transportation di Bandung dan Jakarta tetapi Transportation di Singapore masih di teruskan seperti biasa.

sila hubungi kami:

Shaz – 0134404213

Syahir – 0134004213

untuk maklumat MeeGo sila layari ses innovations

 

Jualan MeeGo noodles

Salam semua,

Mee mango (mango noodles) Produk terbaru dari kami “MeeGo” untuk jualan. Mee yang diperbuat dari tepung mango untuk makanan kesihatan (healthy Food). MeeGo bole mengantikan mee kuning dan spagethi yang berada dipasaran. MeeGo ini lebih sihat kerana mengandungi tinggi serat. Sesuai kepada peminat mee dan spagethi. MeeGo boleh dibuat:

  1. mee goreng
  2. mee rebus
  3. mee bandung
  4. mee hailam
  5. mee ladna
  6. mee tomyam/sup dan etc

sesiapa yang berminat bole menghubungi:

Pn Shaz – 0134404213 (whatsapp)

Syahir – 0134004213 (whatsapp)

bole layari website ses innovations

image

MeeGo-Mango noodles

Hasilkan mi daripada mempelam

MUNGKIN tajuk di atas kedengaran agak pelik, namun itulah yang dihasilkan bahagian penyelidikan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) memperkenalkan mi diperbuat daripada mempelam diberi nama MeeGo.

Pasti ada di antara kita terbayang memakan mi yang berperisa manis atau masam berikutan kandungannya adalah daripada buah mempelam.

Menurut Ketua penyelidiknya, Noor Shazliana Aizee Abidin, rasanya adalah seperti mi kuning biasa.

“Melalui kajian yang dilakukan, saya menggunakan mempelam muda matang. Ia tidak ada rasa mempelam apabila dimakan. Daripada segi  rasa ketika menikmati MeeGo juga sama seperti menikmati mi yang biasa dibeli di pasaran kerana kami kekalkan tekstur mi sebenar.

“Mi ini boleh dibuat pelbagai masakan antaranya mi goreng, mi bandung, mi sup dan sebagainya selain turut boleh digunakan membuat spageti, bolognaise dan carbonara,” katanya.

Pengguna hanya perlu merebus mi ini di dalam air mendidih selama empat minit kerana ia adalah separa segera,” katanya.

Dia yang telah menjalankan kajian bermula penghujung 2011, memilih mempelam sala sebagai bahan utama penghasilan mi itu.

“Mempelam sala ditanam begitu meluas di Perlis sama seperti mempelam harumanis selain tidak memerlukan penjagaan rapi.

“Jika satu waktu dahulu mempelam sala mengalami lambakan dan apabila sudah masak, hanya dibiarkan sahaja sehingga terjadi pembaziran. Terdetik daripada situ, saya melakukan kajian bagi mengoptimumkan penggunaan mempelam ini,” katanya.

Katanya, tepung tersebut mempunyai campuran warna hijau dan kuning, terhasil daripada warna kulit dan isi buah mempelam.

“Proses penghasilan tepung ini tidak begitu rumit. Hanya perlu menghiriskan mempelam tersebut kepada beberapa bahagian dan masukkan dalam pengering pada suhu 50 darjah celsius.

“Selepas itu, kisar buah mangga tersebut lalu terhasillah tepung yang pastinya tidak mempunyai bahan pengawet dan pewarna,” katanya.

Katanya, setelah terhasilnya tepung itu, proses seterusnya adalah untuk menghasilkan MeeGo.

“Untuk menghasilkan MeeGo, tepung gandum akan dicampurkan dengan peratusan tepung mempelam yang telah dihasilkan melalui kajian. Kemudian tambahkan air dan garam sebelum dibentuk menjadi seperti mi,” katanya.

Katanya, penghasilan tepung dan mi tersebut dijalankan dengan kerjasama Unimap dan Inflow Marketing and Trading Sdn Bhd, sebuah syarikat memasarkan produk halal.

“MeeGo adalah produk Muslim dan telah mendapat sijil Halal. Buat masa ini, pasaran adalah di Unimap dan Internet. Kita sedang cuba masuk ke pasaraya Giant dan Mydin.

“MeeGo ini juga telah mendapat perhatian daripada beberapa restoran terkemuka di negara ini. Dari segi sambutan, memang amat menggalakkan dengan pengguna semakin buka mata terhadap produk ini,” katanya.

Kata Noor Shazliana, Meego mempunyai tinggi kandungan serat dan amat sesuai bagi pengguna yang mementingkan soal kesihatan.

“Serat yang terkandung dalam MeeGo untuk senang lawas. Selain itu, Meego ini juga mempunyai anti oksidan yang berguna bagi penjagaan dalaman dan berguna bagi mencegah kanser.

“MeeGo juga tiada bahan pengawet dan bahan kimia lain seperti terkandung dalam mi kuning,” katanya.

Katanya lagi, dalam jangka masa panjang, dia akan menambah baik pembuatan MeeGo dari segi tekstur yang lebih kental dan rasa yang lebih baik.

“Ada juga pelanggan yang bertanya, ada atau tidak MeeGo yang berperisa mempelam. Kami turut akan mengeluarkan mi dalam perisa mempelam mengikut kehendak pelanggan,” katanya.

MeeGo dijual dengan harga RM7.50 sepeket.