Beijing Muslim Tours (Day 2 Forbidden City)

Hari kedua di Beijing dimana bermula lawatan kitorang…Tentatively jenjalan Forbidden City 2 jam 30 minit…Tapi tak tau la mungkin lebih tak sempat tengok jam hehehe….Lepas tu pergi kedai urut kaki ala-ala refleksologi sambil beli-beli ubat yang tokey jual…Tapi saya tak beli pun…Sapa-sapa yang tak buat research, blog hopping etc terkena la…Teringat pak cik tu cakap emm beli minyak angin kat Malaysia 5 ringgit ja kat sini 500 ringgit…Hhehehe lawak lak rasa….Ok lets go straight to our pics and let the pics tell u the story mory kekeke…

Bangun pukul 5.30 berkumpul pukul 6.50..Well we Melayu mandi pagi walaupun sejuk hehehe…Anyway dalam bilik panas jaa air pun panas kann…Si kecik tu ja tak mandi hehehe…

Tunggu kat lobi…

Aisar tido lagi..

Sejuk nih masa tunggu kat luar…10 deg C

Dekat luar restoran muslim…Makanan halal senang dapat kat Beijing nih….Banyak kedai juga tapi jauh-jauh…

Makanan dia roti, nasi goreng cina, pancake rangup kot dan sayur….

Bas yang unik bersambung may be untuk extra seats…

Kreatif la diorang nih…Sejuk oooo….

Tour guide yang kureeng informatif…

Tiannamen square..

Here we come…Sejuk dan berangin masa nih….Masak laaa…Aisar dah mula nak nangis ngantuk dan penat berjalan walaupun baru nak mula…Tak sempat cari stroller huhuh…

Pakaikan dia seluar lagi selapis…Dukung la saya sepanjang 2 jam setengah tu…Dekat abah dan Acu dia tak mau…Nak mama dukunggg….

Ni gambar group tour kitorang terdiri dari 34 peserta…Ikut Andalusia Travel…

Nangis dah si kecik nih nak dukung…Saya rehat jap perbetul baju sejuk dia pun tak boleh…

Ok start masuk Forbidden City…

Tup-tup dia ok lak masa nih…Tak perlu dukung lagi…Hehehe…Mau pula tu main dengan abah n acu…

Singgahsana Maharaja….

Besar betul la Kota Larangan nih…Maharaja dia ada sorang permaisuri 3000 gundik…Siap ada rumah sorang satu diorang nih korang bayangkan lahh….Belum lagi dewan-dewan sambut birthday, kahwin etc majlis….nasib la kitorang lalu ikut keratan rentas kalau lalu ikut bangunan-bangunan mungkin 2-3 hari tak habis hahhaa….

Masa nih rehat jap boleh la ke toilet…Jangan lupa bawa “botol air” sendiri ok hehhehe…

Pokok kasih sayang…Pokok dia memang unik la kat sini…

Dikatakan batu karang di belakang kami tu…

Pokok unik lagi…

Finally keluar juga…Huh

Aduh ada lagi kat atas tu….Tak naik dah kitorang hehehe…

Ok lunch time…Pastu Gi urut kaki dan solat…

Sambung next episod lak ekk…Banyak gambar sebenarnya..Banyak nak cerita juga…Tunggu…Insyaallah…Daaa…

Beijing Muslim Tours (Day I)

Salam, percutian untuk tahun ni, Beijing dipilih menjadi destinasi kitorang…So dalam entry berkaitan Beijing ni tak tau lagi berapa bahagian saya cerita la serba sedikit memori-memori yang dapat daripada travel nih…Kenapa Beijing? Saya suka untuk pergi dan melihat sendiri tinggalan sejarah Kota Larangan dan memanjat sendiri Tembok Besar China yang ada di Beijing tu…selalu saya tengok melalui channel discovery…Shopping tu ada juga la hehehe…Kami pergi berempat saya 3 beranak plus adik saya yang sedang cuti Sem…Bertolak dari rumah di Perlis untuk cuti raya haji…Raya kedua dah bertolak ke rumah kakak seperti biasa di Kelana Jaya untuk transit ke KLIA nanti..Raya ke-4 baru perjalanan bermula ke Beijing…Dari KLIA flight Cathay Pacific jam 1345 so lebih kurang 3 jan lebih sampai ke Hong Kong untuk transit ke Beijing…Hong Kongnyer airport besar gilerr….3 jam transit tak berasa pun….Pastu naik Dragin Air plak ala-ala Fire Fly kita la kot 3 jam lagi terbang pula ke Beijing…Hong Kong suhu dia 22 deg C aja…Sampai di Beijing, dalam airport suhu dia ok la cam aircond biasa…Keluar untuk naik bas…Emmm sejukkk!!!Alhamdulillah sampai dengan selamat dan perjalanan lancar…Saya bab naik kapal terbang paling tak suka….Huhuhu…Ok tengok gambar pula lah untuk episod ni…

Naik teksi ja sebab kereta tak muat hehehe…

 

Ketua rombongan Tn. Hj. Abu Yazid bagi boarding pass masa kat Hong Kong Airport

Dragon Air pula

Beijing here we come!!!

Sampai hotel siap-siap tido zzzzz….Penat esok kena bangun awal nak jalan…Sekian

 

Packing

Tak sabar nak bercuti rasanya…Semalam rearrange balik beg yang dah dipack dengan baju-baju semua…Adik yang ikut pun datang rumah juga nak pack siap-siap baju dia dalam beg besar kitorang…So senang takut ada yang tertinggal…

Beg biru baru beli semalam nasib ada less 50%…Kang bawa satu beg coklat tu ja dengan beg hitam untuk 3 orang dewasa kami plus Aisar si kecil tu memang muat-muat ja tapi berat emmm macam batu…So biar la bawa beg 2 yang besar ringan sikit…Nanti nak shopping boleh letak dalam beg tu juga hehehe…Rasa-rasa akan beranak tak beg-beg ni lepas balik dari bercuti tu?? Emmm no komen laa…

Sebelum tu lupa pula, kitorang nak pergi bercuti ke Beijing join pakej travel Andalusia…Travel agen yang sama kitorang ambil masa pergi umrah tahun lepas..So musim sejuk di Beijing sekarang ni tapi dikhabarkan tak dak salji sebab baru nak masuk musim tu…Tapi we dont know la kan sekarang musim datang ikut dia ja…So kena la prepare benda-benda yang sesuai dengan musim sejuk…Untuk info kebanyakan end year sale kat shopping complex jual baju-baju sejuk etc…So sesuai sangat la kalu nak dapatkan winter coat and winter clothes dari hujung rambut ke hujung kaki dengan harga yang sangat murah 50-70%.. Kitorang akan bercuti di sana dari 20 Nov – 26 Nov 2010…So kenkawan doakan kitorang selamat pergi dan balik dan bercuti dengan best di sana ok…Wassalam..

Dikepung air

boring2 dok rumah kami pun keluar tinjau keaadan banjir,tgk2 makin teruk huhuhu. Itik ja la yang boleh bersenang lenang berenang…

jalan2 abis ditutup..siapa2 nak p kangar kena la berjalan kaki..

Kitorang tak boleh nak pergi mana-mana…Nak cabut balik kampung pun tak boleh huhuhu….

tapi best gak 1st time kena banjir nie..banyak air naik apa lagi berhenti kereta dan keluarkan pancing hehehehe

mama, nak pancing ikan cepat la ambik kat abah…..

akhirnya dapat gak aisar ni pancing ikan..

kami memancing bersama2 akbah kawan hubby dari iraq..negara dia tak pernah banjir hehehe

Aqbah: what fish u want to catch aisar??

Aisar: sting ray hehehehe

anak jiran…

 

Banjir pula…

“Astafirullah….Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami..” Nauzubillah…Takutnya macam-macam dah berlaku dengan bumi kita…Hari tu saya cerita pasal puting beliung rupa-rupanya dah menebalikkan van dan kenderaan lain, terbangkan bumbung kat pekan dekat Perlis nih….Sekarang atau saat ini saya dikelilingi dengan air banjir pulak….Alhamdulillah kawasan rumah saya kawasan tanah tinggi sedikit tak dinaiki air….Tapi kami kat sini macam tinggal dalam/atas pulau sebab nak pergi mana pun tak boleh semua kawasan terdekat dan pintu-pintu masuk Perlis dinaiki air…Huhuu what we going to do????…Tapi saat ini juga hujan dah berhenti semenjak 3 hari lalu turun tak dak selang pun straight ja turun…Semua bendang atau sawah padi dah bercantum macam lautan dah lihatnya….Sepatutnya saya kena pergi KL untuk lawatan sambil belajar student-student tapi dibatalkan serta merta awal pagi tadi….Harap-harap air surut cepat banjir pergi…Aminn…Sesungguhnya yang baik itu dari Yang Maha Esa yang buruk itu kelemahan kita sendiri..Renung-renungkan bersama….Gambar sekitar peristiwa….

Gambar-gambar ni ambil masa kami keluar kejap nak pergi bandar tak dan 10 minit kena patah balik sebab air semakin naik…So balik duk rumah diam-diam…

Kawasan sini masih nampak jalan raya…Tapi banyak kawasan lain termasuk changlun dan jitra kedah dah teruk ditengelami air…

Sawah padi bertukar menjadi laut….Kesian petani-petani baru ja mula  menanam semula…Ok sekian…