Bumi Barakah

Salam.

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yg baik dari Allah…

lama sgt tak upadate blog kami ni..sibuk ngan kerja harian..just nak kongsi perjalanan umrah kami pada Nov 2015..

Sekali lagi kami panjatkan syukur kerana kami dapat mengerjakan umrah Alhamdulillah kali ke 4 syukur.

Kali ni kami p 2 org ja bersama rakan sekerja. Aisar dan Aisyah kami tinggal dok bersama mak tok depa..

Umrah kali ni kami p bersama travel Rayhar..bermula dengan kursus dan layanan yang diberikan adalah tip top..kami p dengan Rayhar Travel Alor Setar.Kami dapat dok dekat ngan masjid Haram Makkah..hotel Al Safwah..Kat Madinah pn hotel tak jauh dekat ja..di bimbing dengan Mutawif yang berpengalaman terbaikk..

12321123_10153755440109321_3997712407316929254_nDi Masjid Nabi Madinah

12346451_10153765830854321_1812445181039714758_n

Boleh tgk Kaabah dari bilik:) Hotel Al Safwah Makkah..makan kat bwh felda cafe..roti canai teh tarik

12341317_10153765830554321_5501281782822447333_nBerasa juga dok sat kat bilik VIP Al Safwah hehe..

12376272_10153776677359321_4184362037024613862_n

Doa kami di Jabal Rahmah Arafah kekal bahagia hingga ke Akhir hayat bersama dengan anak2 kami..

kalau nak ambik pakej ni boleh hubungi pihak Rayhar Travel Alor Setar..

 

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum, Alhamdulillah selepas setahun menghilang diri dengan kerja2 hakiki, kini All 2gether kembali mengupdate blog. sibuk dengan urusan dunia ngan pengajaran, PhD dan yang terbaru adalah business MEE hehehe. Doakan semoga kami berjaya dunia dan akhirat.

Untuk pengetahuan umum kami rehat sebentar dengan transportation di Bandung dan Jakarta tetapi Transportation di Singapore masih di teruskan seperti biasa.

sila hubungi kami:

Shaz – 0134404213

Syahir – 0134004213

untuk maklumat MeeGo sila layari ses innovations

 

Jualan MeeGo noodles

Salam semua,

Mee mango (mango noodles) Produk terbaru dari kami “MeeGo” untuk jualan. Mee yang diperbuat dari tepung mango untuk makanan kesihatan (healthy Food). MeeGo bole mengantikan mee kuning dan spagethi yang berada dipasaran. MeeGo ini lebih sihat kerana mengandungi tinggi serat. Sesuai kepada peminat mee dan spagethi. MeeGo boleh dibuat:

  1. mee goreng
  2. mee rebus
  3. mee bandung
  4. mee hailam
  5. mee ladna
  6. mee tomyam/sup dan etc

sesiapa yang berminat bole menghubungi:

Pn Shaz – 0134404213 (whatsapp)

Syahir – 0134004213 (whatsapp)

bole layari website ses innovations

image

MeeGo-Mango noodles

Hasilkan mi daripada mempelam

MUNGKIN tajuk di atas kedengaran agak pelik, namun itulah yang dihasilkan bahagian penyelidikan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) memperkenalkan mi diperbuat daripada mempelam diberi nama MeeGo.

Pasti ada di antara kita terbayang memakan mi yang berperisa manis atau masam berikutan kandungannya adalah daripada buah mempelam.

Menurut Ketua penyelidiknya, Noor Shazliana Aizee Abidin, rasanya adalah seperti mi kuning biasa.

“Melalui kajian yang dilakukan, saya menggunakan mempelam muda matang. Ia tidak ada rasa mempelam apabila dimakan. Daripada segi  rasa ketika menikmati MeeGo juga sama seperti menikmati mi yang biasa dibeli di pasaran kerana kami kekalkan tekstur mi sebenar.

“Mi ini boleh dibuat pelbagai masakan antaranya mi goreng, mi bandung, mi sup dan sebagainya selain turut boleh digunakan membuat spageti, bolognaise dan carbonara,” katanya.

Pengguna hanya perlu merebus mi ini di dalam air mendidih selama empat minit kerana ia adalah separa segera,” katanya.

Dia yang telah menjalankan kajian bermula penghujung 2011, memilih mempelam sala sebagai bahan utama penghasilan mi itu.

“Mempelam sala ditanam begitu meluas di Perlis sama seperti mempelam harumanis selain tidak memerlukan penjagaan rapi.

“Jika satu waktu dahulu mempelam sala mengalami lambakan dan apabila sudah masak, hanya dibiarkan sahaja sehingga terjadi pembaziran. Terdetik daripada situ, saya melakukan kajian bagi mengoptimumkan penggunaan mempelam ini,” katanya.

Katanya, tepung tersebut mempunyai campuran warna hijau dan kuning, terhasil daripada warna kulit dan isi buah mempelam.

“Proses penghasilan tepung ini tidak begitu rumit. Hanya perlu menghiriskan mempelam tersebut kepada beberapa bahagian dan masukkan dalam pengering pada suhu 50 darjah celsius.

“Selepas itu, kisar buah mangga tersebut lalu terhasillah tepung yang pastinya tidak mempunyai bahan pengawet dan pewarna,” katanya.

Katanya, setelah terhasilnya tepung itu, proses seterusnya adalah untuk menghasilkan MeeGo.

“Untuk menghasilkan MeeGo, tepung gandum akan dicampurkan dengan peratusan tepung mempelam yang telah dihasilkan melalui kajian. Kemudian tambahkan air dan garam sebelum dibentuk menjadi seperti mi,” katanya.

Katanya, penghasilan tepung dan mi tersebut dijalankan dengan kerjasama Unimap dan Inflow Marketing and Trading Sdn Bhd, sebuah syarikat memasarkan produk halal.

“MeeGo adalah produk Muslim dan telah mendapat sijil Halal. Buat masa ini, pasaran adalah di Unimap dan Internet. Kita sedang cuba masuk ke pasaraya Giant dan Mydin.

“MeeGo ini juga telah mendapat perhatian daripada beberapa restoran terkemuka di negara ini. Dari segi sambutan, memang amat menggalakkan dengan pengguna semakin buka mata terhadap produk ini,” katanya.

Kata Noor Shazliana, Meego mempunyai tinggi kandungan serat dan amat sesuai bagi pengguna yang mementingkan soal kesihatan.

“Serat yang terkandung dalam MeeGo untuk senang lawas. Selain itu, Meego ini juga mempunyai anti oksidan yang berguna bagi penjagaan dalaman dan berguna bagi mencegah kanser.

“MeeGo juga tiada bahan pengawet dan bahan kimia lain seperti terkandung dalam mi kuning,” katanya.

Katanya lagi, dalam jangka masa panjang, dia akan menambah baik pembuatan MeeGo dari segi tekstur yang lebih kental dan rasa yang lebih baik.

“Ada juga pelanggan yang bertanya, ada atau tidak MeeGo yang berperisa mempelam. Kami turut akan mengeluarkan mi dalam perisa mempelam mengikut kehendak pelanggan,” katanya.

MeeGo dijual dengan harga RM7.50 sepeket.

Makkah & Riyadh Arab Saudi

Rindu nak p Makkah lagi..Alhamdulillah Hubby dapat p buat umrah kali ni..diorang ada conference kat Riyadh Arab Saudi pas tu decide p buat umrah sekali..dapat 3 hari dok Makkah..seronoknya..Amiin hope kami dapat p sekeluraga lain kali tak pun tunggu Aisyah besar sikit..Abang Aisar dah ok sgt nak p sana..Doa untuk kami semua ya..

Image

Image

naik coaster jalan-jalan sekitar Makkah.

Image

Image

Image

Image

Image

Dah selesai buat Umrah rombongan hubby bertolak ke Riyadh Arab Saudi pulak utk conference…

Image

Image

Image

Image

ImageImage

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Selesai conference pihak KACST bawa tour research centre diorang..

 

Jalan-jalan Singapore

Assalamualaikum all,

Lama dah tak updated blog pasal cuti-cuti ni..dok sibuk kerja n business..awal bulan dec 2012 baru ni nak kena p workshop Bambara kat jw marriot putrajaya..so alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..alang-alang p KL terus je la p Johor Baharu n Singapore..tempat utama adalah Universal Studio Singapore.

Sampai ja Johor Baharu terus check in Hotel Puteri Pacific, JB..Alhamdulillah, mula2 nak p Singapore nak naik bas tetiba jumpa kawan baru kat hotel dia tolong adjust kereta untuk masuk ke Singapore..dok pikir2 balik betul gak nak bawa anak2 susah gak nak beratur kat imegresen la..nak tgu bus la..So kami decide masuk Singapore naik kereta sewa..Maka mulalah perjalanan kami ke sana..hehehe

IMG_1628

Pukul 9 brother yg nak bawa kami tu sampai dengan Naza Ria kat hotel..

IMG_1633

Atas Tambak Johor otw ke Singapore..kereta tak banyak sgt…

IMG_1637

Kat check point Singapore..

IMG_1640

Alhamdulillah..Singapore here we come hehehe

IMG_1647

Boboiboy tengah tido..bangun awal xcited nak p Singapore..

IMG_1648

Tu diaaa Universal Studio ticket..dewasa 74 , kanak2 58 (waktu puncak cuti sekolah maa) huhu..Tiket beli kat tempat bro nih tak yah online tak yah beratur mudah Alhamdulillah..

IMG_1649

dah sampai Sentosa World Resort…pintu masuk nak p USS

IMG_1660

Tempat wajib tangkap gambaq…hehe

IMG_1673

Set omputih yang nak sgt masuk dalam gambaq kami… sempoii depa ni..

IMG_1681

Elmo..sesame street..Aisar pn pakai baju elmo padang besar hihih..

IMG_1698

Ni attraction paling best…sampai sini kena la masuk tgk transformer.. terbaikkkkkkkkkkkkkkkk..

IMG_1703

Aisar dok tgu kereta ni bertukar jadi robot tapi tak jadi2 hehehe

IMG_1694

Kat belakang tu roller coster (battlestar galactica)..hubby naik n dia kata best gilerr tapi kena baca doa byk2..

..sapa2 p sana bole la try huhu

IMG_1718

istana far far away..shrek..memang best sgt…

IMG_1706

Mummy…

IMG_1713

IMG_1719

IMG_1724

Kami masuk pukul 11 pagi..keluar kul 4 ptg..sebelum keluar tangkap gambar dulu…..

IMG_1725

Tempat wajib hubby kalau p luar negara…bukan nak minum tapi beli baju ja hehehe

IMG_1731

IMG_1732

Dok tunggu kereta mai ambik kami..anak2 soleh solehah abah n mama tido keletihan..

IMG_1748

Keluar ja USS terus p makan nasi beryani singapore..

IMG_1750

and murtabak Singapore.. terbaik sgt..

IMG_1752

ni la kedai kami p makan…Singapore Zam Zam..

IMG_1755

Arab street….beli souvenir..

IMG_1763

Malay heritage..Istana Sultan Sinagpore..

IMG_1780

Merlion..tempat wajib bergambar..

IMG_1783

IMG_1788

Berlatar belakang marina bay hotel…

IMG_1810

IMG_1835

dah abis bergambar p jalan2 sekitar Singapore tgk bangunan SB (tempat P Ramlee berlakon madu tiga), Kandang Kerbau hospital, orchard road.semua la..hehe. pas tu kami pn balik ke JB..Bawa mak mmg best lah dia tau la tempat2 org2 dolu2 berlakon..

percutian kali ni best sgt..so dok pikir tahun depan nak p jalan mana pulak…Deep in my heart nk gi Spain lah…TH T&T ada promo duk tgk td…