Aksi malam raya

Masih cerita raya tapi buka apa laa…Banyak gambar-gambar aksi semasa malam-malam bercuti raya….Gelagat anak menakan aka sepupu aisar…Sebelah keluarga saya sepupu Aisar banyak sebaya dengan dia ja…So tak ada la abg Aiman, abg Shamim nak bermain…Masa ni anak abang saya Haziq ja yang ada so diorang yang kecil-kecil ni aktiviti minum susu dan buli pak acu diaorang ja la…Hehehe l;awak dan kiut sangat…Ok layannzzz

Pak Lang sedang menyusu hehehe…Haziq yang sporting

Emm baring pulak kanak-kanak nih….

Ayoyo anak mama…Aksi apa tu??

Serang acu lak…Emm sapa suruh main sms sambil baring sangat…Tapi 2 anak saudara ni duk belakang pun bukan berasa pun acu kan…kan..kan…hehehe

“Jangan la tengok situ tengok TV la acu…”Sambil Aisar tarik rambut pusing ke arah TV..Haziq cari apa tu???

Haziq: Geli, geli,geli….Aisar: Tengok TV la acuuu….Peace

Sebelum kena serang….2 kanak-kanak dan sorang kanak-kanak dewasa hehehe…Jangan marah acu…Kesian Acu tak sempat register kalau tak boleh join Aisar ke Beijing…Lain kali insyaallah ok…Sekian dulu…Tata

Advertisements

Pergi beraya

Kejap lagi nak balik kampung…So post dulu entry yang dah di letak gambar-gambar ni oleh suami saya…Lama dah letak tak sempat nak tulis…

Masa ni kitorang abang, adik-adik saya dan keluarga saya pergi beraya di rumah adik saya yang dah kahwin tu…Kami ada 7 beradik..Saya anak ke3 adik yang ni anak ke4..Dia yang duduk bawah sebelah saya dengan anak dia…Dah 2 anaknya saya baru 1 hehehe…Eton nama dia..

Ni Aizat suami dia aka adik ipar saya…Dengan anak sulung diorang…

Comei kan cam hindustan…Memang ada “kuturunan” hehehe Humairah nama dia

Adik nama Ana…

“Emm sedap juga mee goreng hang eton…Leh wat lagi hehhe”

Ni masa kitorang rehat-rehat lepas berjalan-jalan…”Aisar awat buat camtuu??”..

Lubang pagar yang belum berisi lagi ni laa jadi port kitorang rehat-rehat hahaha…

Di bawah pohon mata kucing..

Ni la port main bunga api malam-malam…

Ok jap lagi nak balik ke rumah ni la dari perlis….Wasalam…

Corak coret Aidilfitri II

Ok sekarang cerita raya di sebelah keluarga saya pula…Ni abang saya sedang cucuh api mercun roket yang dia beli dari mana tah ada saja stok dia….

Kuat juga bunyi mercun roket nih….Tapi kitorang main kejap ja sebab tak suka sangat dengar letupan-letupan nih..

Haaa tapi kalu bunga api tu boleh la main sebab tak dak bunyi….Aci gitew pulak kan hehehe….

Lilin tak dak pun spoil gak lah….Lambat nak kena cucuh sendiri

Kayu tu la duk bawa pi balik ke mana-mana kampung pun huhuhu…

Pom pom…bunyi dia…

Macam-macam gaya…

Aisar main dengan Haziq sepupu dia…

Beg mainan saya hehehe…

Kita makan pula lepas main bunga api…Tapi basuh tangan dulu jangan lupa…Ni bahulu gulung datang dari Peserai Johor khas dari tok besan mak kikiki…Daaa…

Corak coret Aidilfitri

Gambar sekitar raya baru-baru ni…

Antara menu raya ketupat dan sate kajang tajaan abg fikri sekeluarga..

Besar sungguh isi dia…

Port yang best utk membakar sate…bwh pokok manggis depan stor…

Anak-anak yang bz melayan ultramen the movie..

Bersiap nak gi beraya…

Beraya di rumah Pak Su adik mak mentua saya…Di Kampung Besar

Beraya rumah kak ipar saya pula…Kak Min kat Taiping…

Bermain bunga api di kampung…Anak saya sangat appriciate raya kali ni sebab dia dh besar sikit…Main sampai tak mau tido…Berpeluh-peluh main…Macam-macam la dia main lepas main bunga api main dalam rumah sambung dengan sepupu lak…

Salam Lebaran

Salam Aidilfitri buat semua sanak saudara dan sahabat handai…Suami, saya dan anak memohon maaf zahir batin atas salah dan silap kami anak beranak…Tak kira la sengaja ka tak sengaja ka mohon maaf bebanyak ekk…So kalau ada saya tertulis benda-benda yang korang baca dan agak menganggu korang saya minta maaf lagi ok…

Ok cerita raya saya pula…Tahun ini 1st berpuasa bersama suami dan anak (Aisar tak puasa la kecik lagi)…tahun lepas dan sebelum ni puasa jauh just weekend ja jumpa atau cuti ja dapat puasa sama…So persiapan puasa dan raya agak terganggu dek kejauhan tu la…Tahun ni Alhamdulillah semua boleh buat sama-sama keluarga…Plan apa pun sesama so feel dia lain sikit dan sangat best hehehe….

Raya kali ni bermula di rumah sebelah keluarga saya dulu…Selepas solat raya la ambil gambar nih…

Aisar beraya dgn pak acu dia…

Dengan abah pula…

Saya pula heheh…Gambar dgn ayah tak sempat ambil huhu…Tengah hari tu saya gerak ke kampung sebelah suami pula…

Tido pula sebab bangun awal sesudah subuh si kecil nih…hehehe

Adik beradik lain raya di rumah mentua diorang…So yang free dua orang nih ja raya kat umah tahun ni sebab tak kahwin lagi…yang lain balik raya seterusnya…selepas turn beraya di rumah mentua diorang masing-masing…wassalam…

Pertandingan nasyid

Hehe memula saya nak gelak dulu …Isnin aritu saya n geng office masuk nasyid…Turn kitorang nombor 9…Tak pa la tunggu laa…Bila dah sampai naik pentas diorang buka la minus one…Alamak lagu sonata musim salju la plak…Actually lagu tu utk sketsa kitorang tapi dah last min baru penganjur kata sketsa kena batal coz penyertaan banyak sangat…Duk tunggu-tunggu mana lagu Ramadhan yang indah ni….tup tup diorang tutup lak….Saya and the geng dah terpacak atas pentas dah…Owh memalukan…tapi senyum ja la…Lantak la…Dalam 2-3 min gak la freeze atas pentas tu maluuu…..Yang syok tu time kumpulan kami ja antara 24 kumpulan yang masuk tu yang nak jadi technical error tu…Hehehe lawak-lawak…So gambar kumpulan saya tak dak la sebab saya nyanyi kat atas…Nak p minta gambar dari kawan tak sempat jumpa diorang dan tak sabar nak tulis entry ni dh…

Opening ceremony oleh Dato VC…

Antara yang masuk…saya suka kumpulan ni nyanyi sedap tapi diorang tak menang pun…

Ceria kumpulan nih…

Ni kumpulan dari school suami saya keja…heheh dia tak masuk pun…

Kumpulan dari ICT sangat teruja dengan gimik diorang…bess..

Kumpulan yang juara…

Bos-bos bernasyid juga sebagai kumpulan jemputan…

Sesi penyampaian hadiah…Kumpulan saya tak menang pun huhuhu…dapat la cenderahati n sijil penyertaan…Alhamdulillah…

Ok tu ja…Daa….

Wajah baru ala kadar…

Alhamdulillah rumah sudah 90% siap…Tahun ni beraya di rumah baru…

Grill dah siap pasang…Mak dan saya punya pilihan hehehe…

Seperti biasa pokok-pokok landskap oleh ayah yang memang pakar berkebun…

Pagar ja masih belum siap..Pokok apa yang ayah tanam???Pokok mata kucing siap ada buah dah tapi sebiji la baru sesat…ayah tunjuk aritu hehehe….

Budak berbedak sejuk tapi habis dilapnya…

Jati menjadi pilihan…

Rumput nak kena trim sikit…So alhamdulillah dah ada dua buah rumah takat la ni…satu lagi kat Perlis wat sewa kat orang…Wassalam