Cuti-cuti London II


Assalamualaikum,

Mulakan hari baru di London dengan breakfast dulu…Sekitar jam 9 pagi..Lewat sikit sebab tempat nak shopping buka kul 10pagi…Breakfast saya biasa la apa yang hotel kasik…Semua roti ja tapi untuk Aisar kena nasi…So pagi tu dia makan nasi lemak…Sedap la cara duk diperantauan..Tapi memang sedap pun hehehe…Sebab esok tu kami 3 beranak order nasik lemak untuk breakfast aci kan…7 -8pound ja pi mai pun makan kat luar dalam harga tu gak…

Jalan-jalan ambil angin sekitar Leinster Garden..Jumpa public phone booth London harus la tangkap gambar dulu…Walau takdak pun telefon dalamnya…

Bas double decker yang harus juga kena try naik…biasa la sama ja cam sani ekspress, durian burung kat sini hehehe…Yang design lama tak nampak sangat semua baru dah…Ada terjumpa yang lama aritu diorang wat kereta pengantin…Siap ikat reben lagi…Kitorang turun dan jalan2 Oxford Street…

Jalan-jalan shopping souvenir..Hehehe tu ja la yang mampu kekeke…

Beli la t-shirt murah2…Lepas tu beli skit barang baby mothercare…Berpinar mata bes…bes…tapi kena bajet kang terover…Semua barang mahal kat sini huhuhu…

Kejap je jenjalan oxford street lepas dah dapat apa yang mahu kami cari makan la pula…Nasi kebab…Big serving size dia kenyang tak hengat…

Dah kenyang kitorang gi pula ke Albert Hall…Saja ja nak bergambar…Jalan-jalan nama pun kan…

Tembus Hyde Park..

Albert Hall London..

Renovation pula…

School of Music Imperial College…Dengar orang main alat muzik saja kat bangunan belakang tu…Student diorang pun ada yang duk lepak kat tangga blkg tu dengan gitar, bass, bonggo kat tepi.. hehehe

Imperial College Science and Technology

Ni bakal student suatu masa nanti hehehe..

Ok dah balik ke hotel jenjalan sekita 2, 3 blok sebelahan…Malaysia HallLondon belakang hotel kitorang tinggal ja…

Esoknya siap2 dah nak balik…Ni duk tunggu teksi hantar balik ke Stansted Airport..

Pemandu teksi ni orang Albania…Takut naik kapal terbang tapi kena naik gak kalu balik kampung dia hehehe…

Stadium olimpik duk dalam pembinaan nampak la kalu lalu nak gi Stansted tu…Pemandu tu la cakap…Kan next year olimpik kat sini…

Ok sampai airport, kai parking kat chapel senang terus solat…

Check in dan tunggu flight…Biar awal asal tak ketinggalan…

AA Raiders sedia berkhidmat…Baru ja sampai dari KL nak balik KL pula…

Dahhh sampaii Malaysia…McD LCCT hehehe…Ada rezeki boleh jalan oversea lagi…InsyaAllah…Hati teringin nak pergi Sepanyol nak tengok tinggalan kota andalusia zaman kegemilangan Islam dolu2…Duk tengok cite spain banyak sangat tak nampak ciri-ciri islam dah…APa dh jadi kat sana ekk…Emmm????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s