Cuti-cuti London I


Hi semua,

Ok sambung pula kita dengan trip lajak ke London dari Amsterdam aritu. Pagi-pagi lagi dah keluar check out coz flight ke Stansted, London 9.30am…

Sambil duk tunggu Prof, lepak dulu kat lobby hotel for the last time…InsyaAllah ada rezeki sampai lagi la kekekeke..

Sampai Airport Schipol check in beg semua…So kitorang relax2 la kat sini…Solat apa semua dulu yang patut…Bergambar salah satu darinya laa…Sebelah kedai jual biji benih bunga-bungaan yg ada kat Amsterdam ni eg tulip, roses, lavender etc…

Kami naik EasyJet…Airport Amsterdam nih memang bzlaa sat-sat turun satu kapal terbang ada tu yg 3-4 flight turun ikut turn..

Dah sampai Stansted cari tiket nak naik apa p London pula…So tgk kalu teksi dr Stansted Airport dlm 110pound…Wah mahal giler tgk bas tambang dia 17pound untuk kami 3 beranak p saja la…Ok la tu…Naik pula bas..Bas dia kecik ja EasyBus…

Yang oren tu bas kitorang..

Kami turun kat Baker street ambik taxi ke hotel..Teksi beetel tu yg antik tu hehehe…Memang banyak dan senang sangat nak dapat…Mahal sikit tak pe lah saya malas dh nak naik tube2 nih tak larat….Wanita mengandung la katakan…kikiki

Sinilah tempat kami stay untuk 3H2M…Sampai2 saja check in bilik turun makan terus lapar giler…Nasib duk hotel orang Malaysia so senang nak makan…Alhamdulillah…

Aksi si kecil yg dah nak besar dalam bilik…London sejuk lagi dari Amsterdam…Tak yah aircond buka tingkap je bess…

Kitorang keluar jalan2 pas rehat2…Tak tunggu lama dah semangat hehehe…Semua naik teksi ja…

Istana Buckingham…

Jalan yang Putera Willian dan Puteri Catherine lalu masa berlarak kawin aritu kitorang pun lalu gak…

Terjumpa pula bendera Malaysia gagah berkibar….Tapi sini memang senang nak jumpa orang Malaysia tambah2 saya duduk kat area Bayswater…Malaysian sesaja…Senyum jaaa…

Trafalgar Square…

Sampai dekat Tower of London..Apalagi bergambar laa…

Tower Bridge…Ingatkan London Bridge…Dapat gak la ilmu…

Posing je la…Ni yang bes jenjln tak ikut pakej nak duk lama mana pun ok…

Sekitar Tower of London…Memang ramai tourist masa nih..musim depa cuti nih…Kebanyakan sounds like spanish..

Tunggu bas nak turun kat Parlimen dan Big Ben pula…

Dah sampai so bergambar…posing-posing…kerasss….

Cantikkan senibina, antik sungguh…

Sebelah Big Ben dan Eye on London…Aisar yang dah penat ciann pulaa..

Tak jem sangat sekitar bandar ni….Ramai gak yang duk berjalan-jalan memang fit betul diorang nih…

Bes jalan-jalan negara orang…Tengok gelagat diorang yang berbangsa lain dari kita pula…

Ok dah jumpa teksi tahan je balik sambung esok pula jelajah sekitar London untuk shopping….Harussss…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s