Harumanis Perlis


Hehe cerita bergambar…Suami saya dalam duk collect data untuk research dia pasal mesin yang dia buat tu kat ladang Harumanis Perlis…Tup, tup datang pula orang TV9 ni…Terkojut juga dia dengan teamnya…Dalam hati apa nak cakap nih….??

En. TV9: Duk buat apa ni?

Hubby: Bla…Bla…Bla terang la sampai cerah heheheh…

Allah dia pasang kamera pulak dah….Alamak wak kuar mic dah…

Buah mangga Harumanis ni kita kena gredkan bla…bla…siap sapu2 lagi tu haa…

Ok maka penceritaan pasal mesin tu pula bermula…

Control la apa yang patut heheheh….

Zoom encik jangan tak zoom…Cerita selanjutnya dalam siaran kat TV9 doku pasal Harumanis ok…

Dah siap-siap kerja bawa balik la kat isteri dan ank ole-ole dari ladang gitew…

Perlis Mango…Harumanis

Awesome…Manis gilerrr…Kalu korang mai Perlis singgah sini boleh makan pulut dengan isi buah + jus Harumanis ni…Heaven….

Ok nak makan jap…Daaa…

4 thoughts on “Harumanis Perlis

  1. Saya Mat Judin memang suka makan semua jenis mempelam khususnya harumanis. Pada 17-5-2011, saya ada pi beli buah mempelam harumanis di Ladang harumanis Bulit Bintang, jln Batu Pahat.Saya beli untuk beri hadiah kepada kawan saya VIP di KL.saya beli dua kotak. Satu kotak putih 3 kg, satu lagi kotak biru kuning 6 kg.Kedua-dua 9 kg dgn harga RM 12/kg .Kata pegawai itu ini harga buah gred super.Saya tak kesah janji buah berkualiti.Tapi saya kurang puas hati kerana bila saya balik ke rumah saya buka kedua-dua kotak.Saya dapati ada sedikit penipuan , iaitu kotak tiga kilo buahnya besar ( 2 biji sekilo ) dan kotak besar buah kecil( 4 biji sekilo ) .Harga yang saya bayar ialah harga buah super.Disini saya ingin maklumkan kepada Tuan Pengurus ladang Bukit Bintang tersebut tolong pantau betul ke semua yang diisi dalam kotak itu buah super. Ada sebiji buruk. Saya terpaksa ambil buah dari kotak 3 kilo untuk masuk ke dalam kotak 6 kg supaya nampak lebih menarik dan ceria.kalau macam tu gred tu belum sampai ke gred super lagi. jangan main bubuh saja.OK ( nanti saya attach gambar buak dari kotak 3 kg dan kotak 6 kilo.)
    Cadangan saya sebagai pembeli, supaya buah harummanis boleh dinaik taraf supaya setanding dengan buah-buah lain yang kita impot.Satu segi dari segi pembungkusan( kotak ).kotak asal memang cantik dah.Cuma perlu tambah sedikit maklumat permakanan( vitamin dan mineral yang ada dalam buah mempelam) dan maklumat saintifik mengenai khasiat mempelam harumanis ini.Fakta-fakta perlu dicetak pada kotak supaya pembeli boleh baca .Contoh roti gardenia.
    Saya ada terbaca analisa permakanan harumanis telah dibuat oleh UPM dan FAMA tapi tak cetak pun pada kota. Saya telah membaca buku yang dikeluar oleh Seorang Doktor mengata buah mango adalah adalah baik untuk kulit.Orang mengidap diabetes pun boleh makan.Tak ada apa masalah.Sekian terima kasih.
    Harapan saya agar Jabatan Pertanian perlu membuat inovasi ini agar Harumanis dikenali diseluruh dunia.
    TK dari saya.

      1. Kak Chik nak beli kena hati-hati .Jangan terkena.Beli yang dalam ladang bukit bintang.Tengok yang isi merah baru manis.Kalau isi kuning macam dalam gambar di atas tu masam.Kalau beli yang jual tepi jalan dekat pertanian tu pun kadang-kadang depa bagi buah gred B saja.Minta gred A atau super.Buah super besar lk 2 biji sekilo.OK
        TK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s